Hikayat di MRSM Langkawi. Hai adik adik😍 Tahniah sebab jumpa blog abang(geli lah panggil abang) Panggil 'aku' je lah ye. Aku ni bekas pelajar MRSM Langkawi. Duduk sana 5 tahun.
Ye, aku tahu. Lama tu 5 tahun. 5 tahun weyy. Bukannya 5 bulan.
Okay, semua mesti nak dengar cerita aku dari awal kan? sebab nak tahu suasana dekat sana. Biasa lah tu. Orang yang tak masuk kandang baru, memang camtu.
Takut. Perkara biasa.
Okay, malas aku nak intro panjang lebar. Aku teruskan dengan..
HARI PERTAMA AKU DI MRSM LANGKAWI (tak seronok pun. siyes)
Sehari sebelum mendaftar, aku duduk hotel dengan family dekat dekat dengan maktab. Opps, bukan Hotel. Tapi, M.O.T.E.L sebab tak kaya macam korang.
Esoknya, aku dengan rasa tak larat bercampur dengan rasa yang memang aku tak suka iaitu HOMESICK. Serious, aku memang raja HOMESICK. muahahaha. Homesick tu perkara biasa. Jangan takut. sebab nanti duk dalam kubur , sorang sorang jugak. Practice dari sekarang. In sya Allah, dalam kubur , tenang.. (apa lah dia ni merapu)
Tak. Aku tak merapu.
Okay, lepas aku siap siap dengan baju korporat aku warna putih ( warna putih kot, tak ingat la) . Family aku pun bawak pi sekolah tu. Sampai je sekolah tu.. benda biasa yang kau akan jumpa di depan pintu pagar ialah..
Pak Gad. Dia pun senyum kat kitorang.
Pastu, aku pun amaze lah dengan bangunan besar di depan aku ni. Memang cantik gila(perasaan masa tu lah) . Aku rasa aku akan suka tempat ni. (Tapi, aku silap)
Masuk je dewan, dia suruh daftar. Aku pun tulis nama semua. Kitorang satu family kena beratur pulak dalam dewan tu untuk ambik file apa entah. Aku tak ingat. Sorry.
Dalam file tu, ada lah beberapa brochure tentang penubuhan MRSM Langkawi. Pastu, dapat doorgift. Pastu, dapat number bilik. (ye. Bilik memang diorang yang pilih untuk korang. Tak yah gedik sangat nak pilih sendiri)
Pastu, Kitorang dengar ceramah sikit daripada PENGETUA MRSM LANGKAWI (SHABANI BIN AHMAD) . (Kalau korang kenal lah, mungkin ada lagi sekarang)
Dalam dewan tu ada aircond. Memang best. Tapi, sekali dah bukak. Kau takleh keluar sebab dah beku. Keras kejung dalam tu. Kalau takde air cond pulak, memang ber sauna lah korang dalam tuh.
Bahang dia memang pergh.
Pastu, aku pun pergilah bilik yang dah ditetapkan oleh pihak asrama. Aku dapat bilik tingkat paling atas sekali. Aras 3. So, setahun tu aku duk ulang alik dari bilik ke kelas. Ye, aku tau. Penat. Sabo je lah.
Ada sorang abang ni, Dia baik, tolong aku tunjuk mana bilik aku mengikut number bilik di atas file yang aku dapat tadi. Bilik number 33. Tanjung Rhu 33. Nanti kalau adik adik dah sampai, tau lah nanti. Aku pun masuk bilik tu dengan family aku. Dalam bilik tu, ada empat katil. BUKAN double decker. So, boleh lah korang nak berenang atas tu dengan nikmatnya.
Pastu, mak aku tolong aku pasang cadar. Gantung baju dalam locker. Lagi satu nak bagitau, Locker dia besar. Jangan risau. Sebesar almari adik korang dekat rumah tu. So, best lah nak main nyorok nyorok dalam tu pun boleh.
Pastu, sediakan mangga locker untuk kunci locker korang sebab dia memang takde sediakan mangga. Apa? Kau ingat ni HOTEL? Ini HOSTEL. Sendiri cari barang ya.
Pastu, habis lah sesi mengemas barang. Oh ya, aku ada bersalaman dengan sorang budak ni(bakal menjadi kawan aku suatu hari nanti) Nama dia.. Faizah (Bukan nama sebenar) Anyway, aku LELAKI. Sejak bila aku ada kawan asrama pompuan?
Okay, pastu. Kitorang satu family pergi keluar outing dulu. Makan KFC dulu. Oh lupa. masa tu aku demam. selesema. Sedih gila masa tu. Mesti lah rasa HOMESICK tu bertambah kan? sebab dah takde orang nak jaga iaitu MAK AKU. 😭 (gediknya dia ni)
Pastu, kitorang balik motel kejap, Sesi bersembang kosong kejap sebelum diorang nak tinggalkan aku. Huwaaaa. Siapa yang nak ditinggalkan kan? Tapi, korang kena terima. Itu lah , mulut aku ni memang masin. Dulu, beriya iya nak pergi MRSM. Setiap kali aku solat, mesti doa.. Ya Allah, aku nak masuk MRSM. MRSM apa apa pun jadi lah.
Haa,, hambik kau. Allah bagi seketul MRSM LANGKAWI terus kat aku. Dah lah dalam pulau. Dalam pagar pulak tu.
Tahan je lah duduk situ.
Pastu, family aku hantaq aku balik maktab(sejak bila aku tukar slang ni) . Masa tu, bermula lah episod sedih aku. Family aku nak tinggalkan aku. Huwaaaa... Aku menangis dalam hati la. Takkan depan depan kot. Pompuan nampak kot.
Aku pun balik ke asrama . Masa tu, family aku tak balik lagi. Diorang tunggu dekat luar asrama. Aku nak balik asrama sekejap sebab apa tah. Tak ingat la. Pastu, balik je asrama.. aku terkejut sebab dekat atas katil aku ada beg lain. Anjat kite.
Rupanya aku tersilap bilik. Ye, aku. Semua salah aku. (siapa yang tunjuk kat aku bilik aku tadi? siapa?)
Takde lah, tak marah pun. Take it as your experience. Yang penting jangan gelabah.
Aku pun meluru pergi ke luar asrama .. jumpa family aku. Pastu, mak aku pegi mengadu dekat ketua warden. So, aku terpaksa pindah bilik lain. Aku pun balik asrama. Duk pindahkan semua barang barang aku ke BILIK TR30. Pastu, jumpa kawan lain pulak. Roomate aku sorang ni.. dia baik gila. Tolong aku angkat barang pergi bilik aku yang baru tu.
Lepas habis sesi pemindahan.. aku pun pegi luar asrama.. bersalaman dengan family aku. Itu part yang paling sedih buat aku. Diorang pun pergi tinggalkan aku seorang dengan kehidupan aku yang baru dan mencabar. SEDIH SANGATT. Aku masih lagi teringat.
Pastu, balik asrama jer.. semua orang dah bising. Masa tu time mandi dan tukar baju. Nak bersiap siap pergi program surau. PROGRAM SURAU ialah WAJIB. (tak kisahlah anda terkeluar something dari bawah anda ke. apa ke)
Pastu, program surau waktu maghrib. Habis solat maghrib.. kitorang dengar ceramah seorang uztaz yang femes gila dekat maktab tu. Tak caye, korang sendiri lah yang pergi. Dia akan berceramah setiap kali selepas solat maghrib dan solat subuh(Jumaat dan Sabtu). Best gila ceramah dia. Memang tak mengantuk. (aku harap dia tak baca benda ni)
Pastu, habis je program surau.. kitorang satu batch dikerahkan pergi ke dewan besar. Malam tu, kitorang ada ceramah dari ketua warden. Banyak lah dia ceramah pasal asrama. Benda apa yang terlarang.. semua. Haa,, lupa nak bagitau.. MRSM LANGKAWI boleh bawak phone ye. Tapi, bukan OPPA , SAMSENG , I-PANG ye. Kalau tidak, korang kena pelempang.
Phone cikai je boleh bawak.
Pastu, kitorang dibenarkan balik ke asrama untuk tidoq. Tidur? memang tak lah. Haru biru asrama tu. Sibuk sangat dengan sesi perkenalan. Aku duduk dalam bilik je. Menilik sesuatu(tak tau nak buat apa) sebab aku ni ANTI SOCIAL PESSIMIST . Apa tu? Pi google.
Pastu, tetiba.. ada senior menjerit..
LIGHT OFF ! LIGHT OFF !
Tau pebenda light off tu? Alaa.. takkan tak tau kot. Dia duduk dalam laut. Tapi, boleh terbang.
okay, merapu.
Kitorang kena tutup lampu bila jam 11.30 MALAM. Pastu, seluruh asrama pun gelap gulita. Semua jadi takut. Pastu, baca doa. Ini adat di MRSM LANGKAWI tau. Korang kena ikut walaupun korang tak nak.
Okay, Pastu buat apa?
Tidoq. Kroih Kroih..
Bai. Sambung besok pulak. In sya Allah.
No comments:
Post a Comment